Don't be afraid of OPPOSITION.

Remember, a kite rises against not with the wind.

Tuesday, March 20, 2012

Sandiwara DAP Pulau Pinang: P. Ramasamy Keluar Parti DAP?

Ini merupakan satu ungkapan yang diambil daripada laporan Malaysiakini beberapa bulan yang lalu. P. Ramasamy kini dibelenggu dengan dilemma Parti DAP dan isu "Karpalism"


Karpal Singh selaku Pengerusi DAP Kebangsaan berapa tidak puas hati dengan keputusan lembaga disiplin DAP yang mendapati P. Ramasamy tidak bersalah dengan tindakan demonstrasi dan protes terhadapnya di Konvensyen DAP di Pulau Pinang pada bulan Disember yang lalu.
















P. Ramasamy semakin hari semakin kehilangan kuasanya selaku ahli politik yang berpengaruh di Pulau Pinang. Ini semua dalah berpunya daripada kenyataan akhbar dimana P. Ramasamy telah mengumumkan 3 nama sebagai bakal calon India untuk bertanding bawah kerusi DAP di Pulau Pinang pada PRU-13.

Kenyataan P. Ramasamy telah mengundang masalah kepada dirinya dimana 4 penyokong utamanya di Lembaga Tanah Wakaf India Pulau Pinang (PHEB) iaitu Dr. S. Anbalakan, S. Gunalan dan E. Jothi dan Mangaleswary daripada Lembaga Rayuan telah disokong untuk dikeluarkan oleh Karpal Singh pada satu mesyuarat yang diadakan pada minggu lalu.

Ini jelas menunjukkan bahawa Karpal Singh tidak lagi sehaluan dengan P. Ramasamy dan ini jelas ditunjukkan dengan keratan akhbar yang dipetik dari akhbar The Sun Daily beberapa bulan yang lalu:

Ini pulak ditambah dengan adegan dan aksi "ampu-mengampu" oleh RSN Rayer dan A. Tanasekharan yang nampaknya sedang mengapi-apikan keadaan kini DAP. Desakan mereka untuk menjatuhkan P. Ramasamy jelas kelihatan dengan tindakan jelas mereka yang menyokong Karpal Singh dengan kenyataan akhbarnya serta campur tangan mereka dalam segala tindakan "Anti Ramasamy"!!!!

Kini, yang menjadi mangsa situasi adalah KAUM INDIA yang telah menyokong dan menjadikan DAP sebagai Kerajaan memerintah di Pulau Pinang. Apakah penyokong India DAP telah dijadikan sebagai satu "mekanisma undi" pada PRU-12 dan kini diketepikan olek pucuk pimpinan DAP?


MANAKAH SUARA DARIPADA "THE LIM`S COMPANY" IAITU: LIM GUAN ENG DAN LIM KIT SIANG DALAM HAL INI? ADAKAH MEREKA AKUR DENGAN KARPAL SINGH ATAU MEREKA TURUT HENDAK "POLITICALLY ASSASAIN" P. RAMSAMY? FIKIR-FIKIRLAH SEMUA!!

ANDAKAH ANDA MASIH LAGI INGIN MENJADI MANGSA AKIBAT PERBALAHAN GERGASI BESAR DAP? TEPUK DADA DAN TANYA SELERA!!!

Penangmali: Tuan P. Ramasamy, lebih baik awak keluar daripada DAP sebelum dihamba-abdikan lagi oleh Uncle "Singh is King" lagi.

Ini dua parasit, Rayer sama Uncle Froggie (Tanasekharan) akan conform buli u sampai bila-bila pasai depa ini kaki ampu terbesar di DAP. Selamatkan diri anda sebelum anda kena teruk lagi.

Lebih baik jadi calon bebas daripada jadi boneka suruhan DAP terutamanya apabila Lim Guan Eng enggan menyokong awak!!!

No comments:

Post a Comment