Don't be afraid of OPPOSITION.
Remember, a kite rises against not with the wind.
Friday, March 16, 2012
PKR Tiada Pemimpin India di Pulau Pinang? Atau PKR Rasis???
Lagi-lagi gara YB Sim (ADUN Pantai Jerejak) yang menyindir kewujudan pemimpin PKR India di Pulau Pinang....bilalah YB ini nak bertaubat? Pssst: Lepas kalah PRU akan datang kut?
Kali ini, "sayabisu" secara kebetulan telah pergi ke pekan Bayan Baru, Pulau Pinang untuk urusan rasmi kerja dan dalam sekelip mata telah nampak kain rentang (banner) oleh YB Sim yang jelas menunjukkan bahawa beliau terlalu menagung-agungkan pemimpin atasan PKR daripada rakan seperjuangan India beliau di Parti PKR di Negeri Pulau Pinang....
Banner ini jelas menunjukkan bahawa YB Sim tidak akan sedar daripada lamunannya dimana beliau sering kali mengabaikan pemimpin-pemimpin PKR India di Negeri Pulau Pinang.
Apakah YB S. Raveentharan sebagai ADUN Batu Uban - mewakili pemimpin PKR India P. Pinang (lagi-lagi DUN yang berjiran dengan DUN Pantai Jerejak) tidak wujud sama sekali di fikiran YB Sim? Atau ini satu lagi insiden "pemulauan pemimpin PKR India di PKR?"
Bolehkah saya tafsirkan bahawa PKR Pulau Pinang tidak suka dan menghormati pemimpin PKR India di negeri ini lagi? Gelagat-gelagat sebegini menampakkan motif tersembunyi YB Sim yang juga merupakan "ally" penting DS Anwar Ibrahim...
Fikirlah anda sebelum masa depan anda menjadi fikiran pesong Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Masakan benda sekecil ini pun, tiada satu kerjasama di antara pemimpin PKR manakan pula nak memerintah Malaysia!!!
Penangmali: Ini konform kes mau cari cheap publicity oleh YB Sim dan salah satu cara untuk "jack" _I_I_ (mengampu) pemimpin pusat PKR agar YB Sim mau bertanding untuk kerusi Parlimen Bayan Baru!!!
YB Sim...ini Penang beb, kita duduk satu kampung macam abg adik...lu mai lansi sini dan lagi bawa perangai rasis kamu di bumi mulia ini!!! Malu betui lar YB ini!!!!
YB SIM JANGAN JADI YB RASIS!!!FAHAM? UNDERSTOOD? PURIYETHA? WA KALU KONG, KIA AHH TEO AH?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment